Hadis 40:1 Peri Pentingnya Niat

Syarah Hadis 40 Imam Nawawi (Al-Arba'in) - Hadis Pertama


Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab r.a, kata beliau, "Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 

"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang ia niatkan."

Riwayat dua imam hadis, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain, Muslim Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling sahih pernah dikarang.

Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini di dalam Sahihnya dan meletakkan di bahagian awal kitabnya iaitu, Al-Iman, bab Ma Jaa'a Anna Al-A'maal bin Niyyah Al-Hasanah wa Likullimri'im ma Nawa. Imam Muslim memasukkan di bahagian Kitab Al-Imarah, bab Qaulun Nabi S.A.W Innama Al-A'malu bi An-Niyyah (1907).

Sebab-Sebab wurud atau lahirnya hadis.

Di dalam kitab Al-Mu'Jam Al-Kabir, Thabrani meriwayatkan menerusi sejumlah perawi yang thiqt, menerusi Ibnu Mas'ud katanya, "Di kalangan kami terdapat seorang lelaki yang melamar seorang wanita bernama Ummu Qais tetapi ia menolak jika ia tidak mahu berhijrah. Bagi memenuhi keinginan Ummu Qais, lelaki berkenaan bersedia untuk berhijrah mengikuti wanita itu dan menikahi wanita tersebut. Kami pun memanggilnya dengan Muhajin Ummu Qais kerana ia ikut berhijrah semata-mata kerana mahu berkahwin dengan wanita itu.


0 comments:

Post a Comment